Search This Blog

Saturday, June 9, 2018

Giliran Ketua Hakim Negara Dan Presiden Mahkamah Rayuan Pula Digantikan Dengan Bukan Melayu?

Gopal Sri Ram mendakwa Daim telah mendesak Md Raus Sharif dan Zulkefli Ahmad Makinudin untuk melepaskan jawatan masing-masing.

Apakah sebenarnya dendam Mahathir dan kawan-kawanya terhadap orang Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu?

Besar manakah dosa dan kesalahan orang Melayu terhadap mereka?

Apa yang mereka lakukan sebenarnya seolah-olah sedang memicu kemarahan orang Melayu agar berlaku rusuhan kaum secara besar-besaran dalam negara.

Selain daripada menimbulkan kemarahan orang Melayu, Mahathir dan kawan-kawanya sedang meruntuhkan ekonomi negara secara beransur-ansur.

Jika Najib didakwa kerana mencuri wang negara, nasib Mahathir akan berakhir dengan lebih tragis kerana beliau mungkin akan menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang bakal didakwa sebagai pengkhianat terhadap kerajaan.

Pada ketika ini seharusnya semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa mahupun agama mengambil sikap bertenang dan tidak terlibat dengan perancangan jahat tersebut.

Kita tidak perlu terpancing untuk berasa marah dan saling membenci kerana itulah matlamat perbuatan Mahathir dan kawan-kawanya.



Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin didakwa mendesak Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletakkan jawatan masing-masing.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mendakwa ia sebagai "rahsia umum" yang terjadi ketika pertemuan di pejabat Daim.

Tidak jelas bila pertemuan itu berlaku. Malaysiakini telah menghubungi Raus dan sumber yang dekat dengan Daim untuk pengesahan.

Sri Ram berkata Daim tidak sepatutnya menuntut peletakan jawatan Raus dan Zulkefli, sambil menjelaskan ia melanggar perlembagaan bagi sesiapa selain perdana menteri untuk membuat tuntutan berkenaan.

"Walaupun ini mungkin didorong oleh niat yang terbaik, apa yang berlaku adalah sangat salah.

"Daim bukan perdana menteri dan walaupun perdana menteri telah meminta beliau untuk melakukan apa yang beliau lakukan, beliau sepatutnya menolak dan meninggalkannya kepada peguam negara, perdana menteri dan kabinet untuk mengendalikan perkara ini.

"Lagipun, kami tidak mahu kembali ke zaman dahulu apabila tiada penghormatan terhadap pemisahan kuasa dan kepatuhan kepada peruntukan perlembagaan," kata Sri Ram dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Peguam kanan itu berkata keadaan bertambah buruk, apabila Raus dan Zulkefli "menyetujui" jemputan bertemu Daim.

"Perlu diambil perhatian, jika mereka percaya bahawa pekerjaan mereka yang berterusan di pejabat masing-masing adalah wajar, mereka sepatutnya menolak jemputan (bertemu Daim) itu secara bermaruah," katanya.

Kedudukan semasa Raus dan Zulkefli sebagai ketua hakim negara dan presiden mahkamah rayuan menjadi kontroversi kerana mereka telah dilanjutkan tugasnya melangkaui umur persaraan wajib untuk hakim persekutuan dan cara penyambungannya juga dipersoalkan. 

Sri Ram berkata jika kedua-duanya menolak pelanjutan jawatan mereka dahulu, mereka tidak sepatutnya mengalami "penghinaan" kerana dilayan "tidak lebih baik daripada budak suruhan pejabat."

Oleh itu, beliau berkata kedua-duanya harus meletak jawatan sekali gus atau peguam negara perlu memberitahu mahkamah bahawa kerajaan tidak lagi menyokong pelantikan mereka sebagai menepati kehendak perlembagaan.

https://www.malaysiakini.com/news/429090



Kenapa Sampai Sekarang Harga Tomato Sahaja Yang Turun?



Negara diterperanjatkan dengan berita penurunan harga tomato secara drastik.
Ia adalah berita yang telah lama dinantikan terutamanya menjelang Hari Raya Puasa.

Tidak ada sesiapa yang menduga kerajaan Pakatan Harapan (PH) akhirnya berjaya juga menurunkan harga tomato walaupun bergelut dengan pelbagai masalah kewangan di Bank Negara legasi Najib dari kerajaan BN terdahulu.

Mengapa tomato menjadi faktor kejayaan yang sangat besar terhadap perjuangan PH untuk menurunkan harga barang?

Ia adalah kerana tomato ada banyak vitamin A yang mampu menghubungkan sel-sel otak pengundi PH pada PRU14 yang lalu.
Bersyukurlah kerana akhirnya rakyat dapat menikmati pelbagai juadah raya yang berasaskan tomato.

Kita boleh buat kuih kuba guling atas tomato, kita boleh hidangkan jus tomato sirap, kita boleh masak lodeh tomato, kita boleh hidangkan ketupat tomato dan jangan dilupa untuk makan lemang tomato bercicahkan rendang tomato.

Siapa yang menyangka kebijaksanaan Tun Mahathir sehingga boleh membina KLCC, menjadikan belantara kepada Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya dan banyak lagi pencapaian di peringkat antara bangsa ketika bersama BN akhirnya apabila bersama PH beliau mampu menurunkan harga tomato.

Terbuktilah bahawa kehebatan seseorang bukanlah kerana personalitinya tetapi kerana parti yang mendokong keputusan yang dibuat olehnya.

Sejak bersama PH, kebanyakan keputusan Tun Mahathir telah dibantah oleh parti komponen beliau secara terang-terangan.
Kalaulah dari dulu orang UMNO seberani lim kit siang membantah kata-kata Tun Mahathir, nasib UMNO tidak akan jadi sejijik sekarang (ayat Tun Mahathir).

Tak apalah kerana nasi sudah menjadi bubur tetapi janganlah kita risau, bubur tomato masih sedap dan berkhasiat.


Begini Caranya Mukhriz Akan Menjadi Perdana Menteri


Sebenarnya jika Najib tidak mengganggu Tun Mahathir, tidak ada sebab mengapa Tun Mahathir mahu menyerang UMNO.

Masalah Najib ialah beliau bernasib malang kerana dikerumuni oleh penasihat politik yang lebih bijak daripada beliau sendiri.

Pemimpin yang cerdik kebiasaanya akan memastikan para penasihatnya lebih bodoh daripadanya.
Itu adalah amalan Tun Mahathir selama ini, ia juga adalah faktor utama yang memungkinkan beliau berkuasa selama berpuluh tahun dan dalam kedua-dua belah pihak kerajaan.

Contohnya sekarang, beliau melantik Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, Lim Guan Eng Sebagai Menteri Kewangan dan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mat Sabu adalah joker yang tidak ada personaliti sebagai seorang pemimpin, beliau bernasib baik kerana menjadi presiden parti Amanah sekaligus layak menuntut kuota sebagai menteri kanan dalam kerajaan.
Sesiapapun yang pernah mendengar Wan Azizah berucap pasti tahu bahawa beliau bukan seorang pemimpin, hanya kerana faktor DS Anwar Ibrahim maka beliau diberi muka oleh barisan kepimpinan Pakatan Harapan.
Kini beliau struggle dengan perjuanganya untuk memastikan suri rumah mendapat KWSP sebanyak 2% (2%? buat apa 2% nak beli pad datang bulanpun tak cukup)
Lim Guan Eng pula sehingga kini masih menterjemahkan obsesinya terhadap 1MDB, ke hulu ke hilir beliau masih hidup dalam 1MDB seolah-olah kerja seorang Menteri Kewangan adalah 1MDB.

Penghinaan Najib terhadap Tun Mahathir sangat jelas dan memalukan.
Sudahlah Mukhriz tidak diberi peluang dalam UMNO, kedudukanya sebagai Menteri Besar UMNO di Kedah turut dilucutkan hanya kerana hendak memanjakan Ahmad Bashah.

Itulah titik permulaan Tun Mahathir melawan Najib habis-habisan.
Untunglah Mukhriz kerana ada seorang bapa yang sangat penyayang dan berkemampuan untuk menyayangi anaknya iaitu Tun Mahathir.

Persoalanya ialah bagaimana Mukhriz hendak menjadi Perdana Menteri dalam senario bapanya adalah sekadar boneka dalam kerajaan sedia ada?
Itulah sebabnya Tun Mahathir membuat banyak polah kebelakangan ini, beliau sengaja melengah-lengahkan masa agar usaha untuk membesarkan saiz kerusi partinya daripada sekadar 13kerusi kepada semajoriti yang mungkin dalam kerajaan sedia ada akan berjaya.

Persoalan yang tidak boleh diambil mudah ialah bagaimana jika tidak semena-mena Tun Mahathir mati?
Beliau sudah sangat tua, hampir berusia seratus tahun.
Jantungpun pakai bateri.

Sebenarnya mereka di sekeliling beliau sedar dan memang mengharapkan ianya berlaku.
Kini mereka bersabar dan membiarkan sahaja Tun Mahathir keseronokan menjadi Perdana Menteri.

Jika diikutkan percaturan logik, mustahil Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia.



Friday, June 8, 2018

Tukar Nama UMNO Kepada U M M N O Supaya Semua Kaum Dan Bangsa Boleh Masuk UMNO



UMNO (United Malay Nation Organisation) adalah parti politik orang Melayu sebagaimana namanya yang bermaksud Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
Apa akan jadi sekiranya ia dibuka kepada bukan Melayu?

Pertama sekali namanya harus ditukar kepada UMMNO (United Macam-Macam Nation Organisation).
Kedua ialah kepimpinanya harus dibuka kepada bukan Melayu iaitu setiap lapisan jawatan haruslah dibuka untuk dipertandingkan kepada setiap kaum dan bangsa yang menyertai UMNO.
Ketiga ialah redefinition bagi maksud yang membawa perkataan Melayu harus digubal, adakah Islam masih lagi perlu dikekalkan sebagai identiti bangsa Melayu.

Cadangan untuk membuka UMNO kepada semua kaum adalah idea yang praktikal bagi parti yang desperate untuk survive.
Ia sangat sesuai kepada orang UMNO yang tidak sedar kekuatan UMNO yang sebenar.

Persoalanya ialah kenapa UMNO harus dibuka kepada semua kaum sedangkan ada hampir 30parti politik di Malaysia yang boleh dipilih oleh mana-mana kaum selain daripada UMNO.
Selain daripada UMNO bukan satu-satunya pilihan parti politik yang ada untuk kaum lain berpolitik, kerajaan juga baik BN dahulu ataupun PH kini tidak pernah menyekat kebebasan sesiapun untuk menubuhkan parti politik.

Memang betul UMNO bukan lagi kerajaan tetapi sebenarnya UMNO masih lagi parti yang paling banyak kerusi di Malaysia.
Keputusan yang terburu-buru bukanlah penyelesaian terbaik bagi tujuan untuk mengembalikan UMNO sebagai kerajaan di Malaysia.

Kekalahan UMNO bukanlah hukuman tetapi satu jalan keluar daripada kebiasaan selama lebih 60tahun sebagai kerajaan yang sudah tidak relevan dengan kehendak rakyat berdasarkan trend semasa.
Sudah lebih 60tahun UMNO memegang status quo sebagai Perdana Menteri, sudah masanya ia dikompromi untuk digilir-gilirkan dengan parti lain yang mahu menyertai UMNO membentuk kerajaan.

Tun Mahathir sudah menunjukan contoh bahawa tidak menjadi kesalahan apabila parti minoriti menjadi Perdana Menteri.
Ia adalah perubahan dasar politik baru yang harus diraikan bermula daripada UMNO sebagai parti paling banyak kerusi di Malaysia ketika ini.

Presiden UMNO harus melakar framework terhadap dasar politik baru UMNO.
Jangan liberalkan UMNO tetapi jadikanlah UMNO hibrid yang akan bercambah menjadi baka UMNO baru yang lebih berdaya tahan dan disayangi oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Sebenarnya Kenapa Tun Mahathir Panggil Zahid?


Isu Zahid dipanggil oleh Tun Mahathir datang ke pejabat beliau jadi sensasi dan menimbulkan kecelaruan minda orang politik di Malaysia.

Sebelum mengulas lebih lanjut mengapa Zahid dipanggil mengadap Tun Mahathir, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Zahid adalah kingmaker dalam percaturan politik ketika ini.
Beliau mewakili parti yang memenangi kerusi paling banyak pada PRU14.
UMNO kalah kerana gabungan Pakatan Harapan berjaya berkompromi untuk membentuk segerombolan parti majoriti sebagai syarat untuk membentuk kerajaan.

Semua orang mahukan UMNO dan setiap parti mahukan Zahid.
Banyak cubaan dilakukan untuk menawan UMNO, antaranya ialah usaha untuk mengharamkan UMNO agar kerusi yang telah dimenangi oleh UMNO boleh difaraidkan kepada mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.

Taktik kotor dan taktik tipu helah telah dicuba namun Zahid seorang yang kental, enggan mengalah kerana Zahid tahu bahawa UMNO adalah majoriti tetapi pengkhianatan parti komponen dalam Barisan Nasional yang telah menyebabkan UMNO hilang kuasa sebagai kerajaan.

Tun Mahathir sengaja memancing Zahid untuk dilihat datang menyerahkan diri kehadapan beliau.
Gambaran tersebut dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Tun Mahathir untuk mencalarkan kredibiliti Zahid di mata ahli UMNO juga agar dipandang serong oleh pihak lain yang berebutkan Zahid iaitu DS Anwar Ibrahim.

Apabila Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa Zahid datang kepadanya untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan bagaimana hendak melaksanakan fungsi sebagai kepala parti UMNO, ia langsung menggambarkan betapa hinanya Zahid seolah-olah Zahid adalah calon bidan terjun setelah Najib disingkirkan oleh ahli UMNO sendiri.

Ditambah dengan kata cacian oleh Tun Mahathir bahawa UMNO adalah parti keji yang menjijikan menjadikan Zahid seolah-olah orang yang salah kapal dalam percaturan politik sebelum PRU14.

Tindakan Tun Mahathir adalah perangkap yang akan menghindarkan sekutu Tun Mahathir dan menjauhkan orang UMNO sendiri daripada Zahid.
Jelaslah betapa berpengalamanya Tun Mahathir dalam mencaturkan permainan politik terutamanya yang berkaitan dengan orang Melayu.

Jadi, apa sebenarnya yang terjadi antara Zahid dan Tun Mahathir dalam pertemuan tersebut?
Tidak ada apa-apa.
Tun Mahathir sengaja memanipulasi Zahid untuk dilihat ada di pejabat Tun Mahathir agar Tun Mahathir dapat memenangi peperangan persepsi bahawa beliau masih berkuasa ke atas ketua parti UMNO.

Siapa yang tidak teruja jika dipanggil untuk menemui Tun Mahathir?
Zahid tidak terkecuali tambahan pula beliau terdesak untuk menyatukan orang Melayu terutamanya dalam UMNO pasca kekalahan Barisan Nasional sebagai kerajaan.
Barangkali Zahid beranggapan jika beliau dilihat tidak bermasalah dengan Tun Mahathir maka orang Melayu akan lebih menghormatinya.
Oleh yang demikian, sebenarnya tidak ada sebarang agenda pertemuan tersebut, ia sekadar kunjungan hormat seorang ketua parti terhadap seorang Perdana Menteri.

Jika ada sebarang agenda, mustahil Zahid memuat naik gambar beliau dengan Tun Mahathir sejurus pertemuan tersebut.
Zahid bukan orangnya yang tidak tahu strategi, beliau ada sijil Dr Falsafah yang mampu menjelaskan tahap keintelektualanya.

Politik Malaysia memang macam-macam tetapi jangan mudah percayakan Tun Mahathir, janji PRU14 pon beliau mungkiri apatah lagi dengan perkataan yang beliau ucapkan ketika ini.




Thursday, June 7, 2018

Adakah Putrajaya Akan Kaji Benarkah Dakwaan Hishamuddin Rais Bahawa Agung Kuat Berjubur?









Baru-baru ini blogger Pakatan Harapan (PH) iaitu Hishamuddin Rais telah menghina Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dengan pelbagai nista yang hina.
Baginda telah dihina dengan tuduhan yang sangat memalukan dan membuat orang Melayu sangat tersinggung.

Perkara ini dibiarkan sahaja oleh parti kerajaan dan rakyat dapat melihat perbuatan menghina orang Melayu dan yang berkaitan seolah-olah digalakan sejak UMNO tumbang.

Sebelumnya A Kadir Jasin telah mendedahkan dokumen perbelanjaan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung kepada umum.
Rentetan daripada tindakan A KAdir Jasin maka Hishamuddin Rais telah memaki hamun Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan menuduh baginda dengan perlakuan yang sangat hina lagi memalukan.

Putrajaya sanggup menyiasat sama ada benar perbelanjaan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung adalah sebagaimana yang didedahkan oleh A Kadir Jasin.
Mengapa Putrajaya bertindak sedemikian?

Tindakan Putrajaya sebenarnya secara tidak langung merestui perbuatan dan tindakan A Kadir Jasin.
Apa yang tersirat daripada tindakan Putrajaya adalah kerajaan sebenarnya menggalakan tindakan penderhakaan agar rakyat mendesak supaya Institusi Raja-Raja Melayu dipertikaikan.
Akhirnya matlamat mereka adalah Malaysia sebuah republik.

Tipu helah Tun Mahathir untuk mengenakan Raja-Raja Melayu dengan berselindiing di sebalik isu-isu tertentu sudah tidak laku.
Kini rakyat lebih cerdik dan telah belajar dari banyak pengalaman lalu gara-gara onar yang merosakan orang Melayu oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke4 satu masa dahulu.

Sejak DAP menjadi Menteri Kewangan barulah dokumen perbelanjaan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dibocorkan.
Bukankah dokumen tersebut dalam kawalan Kementerian Kewangan?

Jika orang Melayu tidak mahu bangkit mempertahankan Raja-Raja Melayu, habislah hak dan warisan Melayu di tanah air kita sendiri.

ps/ Hishamuddin Rais jangan ingat polis bodoh... setiap jenayah internet meninggalkan dna forensik yang tidak boleh dihapuskan... ini url asal artikel oleh Hishamuddin Rais - http://tukartiub.blogspot.com/2018/06/agong-kuat-berjubo.html

Sampai Bila Kerajaan Mampu Tanggung Subsidi Bahan Api?


Bilangan kenderaan berdaftar di Malaysia sehingga kini berjumlah sekitar 28.2juta.
Kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan (PH) telah memperuntukan subsidi sebanyak RM3bilion sehingga hujung tahun ini.

Secara purata kerajaan memperuntukan subsidi sebanyak RM106.38setahun ataupun sebanyak RM0.29sehari bagi setiap kenderaan yang ada di negara ini.

Dengan perbelanjaan subsidi sebanyak itu tetapi manfaatnya sekecil itu apakah faedahnya kepada rakyat?

Sebenarnya subsidi bukanlah idea untuk membantu rakyat tetapi ia adalah putar belit kerajaan untuk menyalurkan wang pembayar cukai kepada Petronas dalam bentuk subsidi.

Akhirnya Petronas mendapat duit pusing perniagaan sebanyak RM3bilion setahun dalam bentuk subsidi.
Ia dibayar secara pukal oleh kerajaan sebelum minyak dibekalkan kepada pengguna sekalipun oleh Petronas.

Mengapa kerajaan menipu rakyat dengan menyalurkan duit pembayar cukai kepada Petronas?
Ia adalah kerana di situlah segala kisah kekayaan nepotisma dan kronisma ahli politik bermula.
Saudara mara dan proxy ahli politik akan mula melibatkan diri dengan Petronas sebagaimana era Perdana Menteri yang ke4 dahulu.

Perkara ini akan dibuktikan seandainya rakyat memantau kekayaan saudara mara dan proxy ahli politik kerajaan sekarang dalam masa beberapa tahun akan datang.





Popular Posts

Powered by Blogger.