Search This Blog

Thursday, June 7, 2018

Sampai Bila Kerajaan Mampu Tanggung Subsidi Bahan Api?


JOIN WEBINAR PAU 2018

Bilangan kenderaan berdaftar di Malaysia sehingga kini berjumlah sekitar 28.2juta.
Kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan (PH) telah memperuntukan subsidi sebanyak RM3bilion sehingga hujung tahun ini.

Secara purata kerajaan memperuntukan subsidi sebanyak RM106.38setahun ataupun sebanyak RM0.29sehari bagi setiap kenderaan yang ada di negara ini.

Dengan perbelanjaan subsidi sebanyak itu tetapi manfaatnya sekecil itu apakah faedahnya kepada rakyat?

Sebenarnya subsidi bukanlah idea untuk membantu rakyat tetapi ia adalah putar belit kerajaan untuk menyalurkan wang pembayar cukai kepada Petronas dalam bentuk subsidi.

Akhirnya Petronas mendapat duit pusing perniagaan sebanyak RM3bilion setahun dalam bentuk subsidi.
Ia dibayar secara pukal oleh kerajaan sebelum minyak dibekalkan kepada pengguna sekalipun oleh Petronas.

Mengapa kerajaan menipu rakyat dengan menyalurkan duit pembayar cukai kepada Petronas?
Ia adalah kerana di situlah segala kisah kekayaan nepotisma dan kronisma ahli politik bermula.
Saudara mara dan proxy ahli politik akan mula melibatkan diri dengan Petronas sebagaimana era Perdana Menteri yang ke4 dahulu.

Perkara ini akan dibuktikan seandainya rakyat memantau kekayaan saudara mara dan proxy ahli politik kerajaan sekarang dalam masa beberapa tahun akan datang.





0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.