Search This Blog

Monday, June 18, 2018

Pelabur Asing Terus Jual Saham Tempatan - Hukuman Kerana Menumbangkan Barisan Nasional

Alhamdulillah, hukuman demi hukuman kepada bangsa yang kufur nikmat di Malaysia turun satu persatu.

Ramai yang masih cuba menafikan bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) adalah bala walaupun hakikatnya bencana demi bencana diturunkan ke atas umat Malaysia.

Ekonomi Malaysia pasti akan merudum jika momentum negatif seperti ketika ini berterusan buat beberapa tempoh mendatang.

Mahathir memulakan pemerintahanya dalam kerajaan PH dengan kebongkakan apabila melaksanakan proses membalas dendam terhadap UMNO.

Memecat penjawat awam dan membatalkan projek yang menjanjikan sumber pendapatan dan pekerjaan dianggap olehnya sebagai satu nikmat politik kerana berjaya memenangi pilihan raya.

Allah maha adil, tidak ada satupun kezaliman akan dilepaskan tanpa balasan oleh-Nya.

Bagi pengundi yang mengundi tanpa pertimbangan yang waras, kamu juga tidak akan terlepas daripada balasan-Nya.

Tunggulah kesengsaraan dan azab yang bakal tiba.

KUALA LUMPUR: Penjualan saham di Bursa Malaysia oleh pelabur asing meningkat kepada RM1.21 bilion minggu lalu daripada RM903.1 juta minggu sebelumnya, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research.

Dalam laporan dana mingguannya, Penganalisis MIDF Research, Adam M Rahim, berkata ia juga menandakan penjualan asing minggu ketujuh berturut-turut, sekali gus menyamai tempoh penjualan terpanjang yang disaksikan tahun lalu pada minggu antara 22 September hingga 3 November 2017. 

Beliau berkata, sehingga Jumaat lalu, aliran penjualan berlanjutan sehingga 28 hari, hanya kurang sehari berbanding pada awal Januari hingga pertengahan Februari 2014.

"Penjualan pada Isnin (minggu lalu) berada di atas paras RM200 juta pada RM216.5 juta, sebelum meningkat kepada RM359 juta pada Selasa.

"Pelabur berasa gusar pada Selasa di tengah-tengah sidang kemuncak bersejarah antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara, yang turut mengheret turun FBM KLCI sebanyak 0.66 peratus kepada 1,764 mata.

Aktiviti penjualan pada Rabu kembali ke paras Isnin kerana pelabur global hanya menjual RM230.4 juta di tengah-tengah mood risiko yang terjejas ketika pelabur menunggu keputusan Rizab Persekutuan (Fed) berhubung kadar faedah," katanya.

Adam berkata, penjualan asing memuncak pada Khamis berjumlah RM402.2 juta sebelum bursa tempatan ditutup sempena cuti Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat.

"Perlu diingatkan bahawa rakan Asia lain seperti Korea, Taiwan, Filipina dan Thailand juga mengalami aliran keluar dana yang besar pada hari itu disebabkan oleh kenaikan kadar faedah Fed. 

"Malaysia mencatatkan aliran keluar dana mingguan kedua terbesar dalam kalangan pasaran ASEAN yang kami pantau, selepas Thailand," katanya.

Bagaimanapun, Adam berkata aliran keluar dana dari Malaysia berjumlah RM4.23 bilion atau AS$1.06 bilion adalah masih lagi yang terendah dalam kalangan negara serantau, iaitu Thailand, Filipina dan Indonesia.

Beliau berkata, penyertaan pelabur asing adalah kukuh kerana purata nilai dagangan harian meningkat sebanyak 24 peratus kepada RM2.03 bilion, minggu ke-11 berturut-turut berada di atas paras RM1 bilion.

Sementara itu, katanya pasaran pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing menyaksikan aktiviti pembelian buat minggu kelima dan ketujuh berturut-turut.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/06/438920/pelabur-asing-terus-jual-saham-tempatan

Tuesday, June 12, 2018

Bagaimana Jika Najib Dipilih Semula Sebagai Presiden UMNO?


Kebangkitan UMNO ditentukan oleh sikap perwakilan, bukan kerana pemimpin UMNO

Jika PRU14 disifatkan sebagai bapa kepada segala PRU, pemilihan UMNO 2018 / 2021 pula adalah ibu kepada kebangkitan UMNO setelah ia berjaya ditumbangkan sebagai kerajaan dengan rekod pemerintahan selama lebih daripada 60tahun.

Isu memilih pemimpin UMNO kali ini banyak dipengaruhi oleh faktor emosi yang menyelubungi sentimen akar umbi parti dalam membuat keputusan ekoran daripada sikap sebahagian besar mereka yang tidak dapat menerima hakikat bahawa UMNO telah kalah.

Secara praktikalnya UMNO masih belum berubah untuk menyesuaikan diri sebagai pembangkang apabila masih mempamerkan sikap yang sama dalam memilih pemimpin walaupun sedang berhadapan dengan isu defisit sokongan di peringkat pusat.

Sangat melucukan apabila UMNO masih meletakan kriteria calon yang dilihat berkarisma ala-ala menteri dan pembuat dasar.

Sikap terlampau optimis bahawa esok juga selepas pemilihan pemimpin UMNO yang baru maka UMNO mampu menjadi kerajaan adalah antara dorongan yang membentuk kecenderungan sikap tersebut terhadap para perwakilan UMNO.

UMNO harus sedar hakikat sebenar bahawa UMNO bukan sekadar kalah tetapi juga Barisan Nasional sedikit demi sedikit sudah mulai tumbang dan tidak relevan sebagai parti yang bergabung untuk membentuk kerajaan.

Satu persatu komponen Barisan Nasional meninggalkan parti dengan seribu satu alasan sama ada dengan alasan yang manis mahupun yang pahit namun hakikatnya mereka tetap meninggalkan Barisan Nasional.

Selain daripada UMNO harus menjadi pembangkang, UMNO juga harus membiasakan diri dengan kehilangan gelaran abang besar dalam politik kerana kini UMNO bersendirian.

UMNO harus menbentuk kerangka politik yang baru selain daripada bertujuan untuk menetapkan dasar-dasar politik baru juga bertujuan agar UMNO mampu mengekalkan statusnya sebagai parti politik yang masih relevan untuk dipertahankan.

Lupakanlah cerita lama bahawa UMNO hanya akan membentuk kerajaan jika UMNO bergabung dengan sokongan parti orang Cina dan parti orang India kerana pada hari ini telah terbukti bahawa perti-parti tersebut telah menolak UMNO.

UMNO juga perlu berhenti dibuai perasaan bangga hanya kerana UMNO adalah bilangan kerusi terbanyak dalam keputusan PRU14 yang lalu kerana sejarah tidak menipu bahawa sikap orang UMNO boleh berubah mengikut keperluan persekitaran politik demi survival politik individu.

Kebangkitan UMNO terlalu bergantung kepada pemilihan pemimpin UMNO kerana jika UMNO salah memilih pemimpin maka akan berkuburlah UMNO dan perjuanganya.

UMNO tidak ditolak secara individu, UMNO ditolak secara purata atas banyak faktor

Kini UMNO masih menuding jari sesama sendiri, menyalahkan satu sama  lain untuk dipertanggungjawabkan atas penolakan rakyat terhadap parti keramat itu.

Lebih malang lagi kali ini banyak pemimpin UMNO seperti Hishammuddin dan yang seangkatan denganya menarik hand brake, membuat kenyataan secara terbuka untuk tidak menyertai kepimpinan di peringkat tertinggi sebaliknya memilih untuk mengeram telur masing-masing di reban iaitu kawasan parlimen yang satu masa dahulu sering ditinggal-tinggalkan atas alasan menjawat jawatan sebagai menteri.

Faktor utama UMNO kalah adalah kerana UMNO lebih mengutamakan suara ketua iaitu Najib sebelum beliau dipecat berbanding suara rakyat yang bakal menentukan kedudukan UMNO sebagai kerajaan.

UMNO sangat degil, tidak mahu mendengar suara rakyat dan memaksa rakyat untuk menerima apa yang UMNO fikirkan betul.

Mungkin rakyat salah dan UMNO betul tetapi UMNO sepatutnya menyediakan sedikit ruang untuk bertolak ansur dengan kehendak rakyat.

Memenuhi kehendak rakyat adalah tugas UMNO, bukanya memaksakan kehendak UMNO kepada rakyat.

Faktor kedua UMNO kalah adalah kerana UMNO merajakan ketua iaitu pemimpin UMNO menyembah Najib, tidak ada seorangpun yang berani menyanggah dan menasihati Najib dengan ikhlas ketika di dalam parti.

Akibatnya Najib menjadi sangat berkuasa sehingga beliau boleh memecat sesiapa sahaja yang tidak sehaluan denganya.

Faktor ketiga UMNO kalah adalah kerana UMNO tidak sedar bahawa ia telah ditipu oleh komponen-komponen Barisan  Nasional yang telah lama menyampah dengan keegoan UMNO sebagai abang besar dalam kerajaan.

Komponen Barisan Nasional terutamanya yang di Semenanjung Malaysia tidak menyumbang banyak kepada parti tetapi mereka adalah batu penghalang terhadap penggabungan UMNO dengan kuasa politik Melayu lain yang tidak bersama Barisan Nasional.

Selain daripada enggan menerima PAS, UMNO juga tidak mahu ada persaingan parti Melayu dalam Barisan Nasional sehingga pernah menolak mentah-mentah idea menjadikan Perkasa sebagai satu lagi parti alternatif orang Melayu.

Politik Baru dan ciri-ciri pemimpin UMNO

Sebagai parti yang kalah, UMNO laparkan pemimpin yang boleh menjadi ketua pembangkang dan bukan pemimpin yang boleh menjadi ketua kerajaan.

UMNO perlukan seorang ketua yang bijaksana, yang melakukan perkara yang betul di tempat yang betul.

Pemimpin UMNO yang baru haruslah seorang yang mampu mempraktikan sikap diplomasi, bukanya seorang ekstrimis semata-mata atas alasan prinsip perjuangan UMNO.

Pengkhianatan dalam UMNO bukanlah perkara luar biasa, Mahathir juga asalnya adalah UMNO sebelum beliau mengkhianati UMNO ketika ini, Ku Li juga pernah mengkhianati UMNO apabila menubuhkan parti baru ketika berlaku krisis dalam UMNO, TS Shahrir juga pernah mengkhianati UMNO apabila melawan UMNO sebagai parti bebas.

UMNO perlukan seorang pemimpin yang setia, tanpa kesetiaan UMNO hanya akan menjadi parti kuda tunggangan kepentingan peribadi ketua yang menjadi pemimpin parti.

Pemimpin UMNO yang baru haruslah memahami strategi dan mampu melaksanakan politik baru untuk mengubah sikap ahlinya dan penerimaan rakyat terhadap UMNO.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti menerima PAS sebagai gabungan seandainya ia membolehkan UMNO menjadi kerajaan di masa akan datang tetapi dalam senario di mana UMNO sedia untuk berkompromi kedudukan iaitu mengamalkan giliran jawatan sebagai Perdana Menteri.

Akhir kata, pemimpin UMNO baru haruslah seorang yang kreatif dari segi politik dan mempunyai personaliti yang menjadi agen penyatuan sentimen orang Melayu.




Monday, June 11, 2018

Rupanya Mahathir Batalkan HSR Sebab Nak Buat Kereta Nasional Kedua

Sebaik-baik sahaja Mahathir menjadi Perdana Menteri, perkara pertama yang dilakukan olehnya ialah membatalkan projek HSR.



Pada ketika itu tidak ada sesiapapun yang dapat membaca agenda beliau kerana masing-masing sedang mengalami kesan euphoria ekoran keputusan PRU14 yang tidak dijangka-jangka oleh kedua-dua belah pihak.

Setelah Mahathir mengumumkan hasratnya untuk memulakan projek kereta nasional yang baharu, barulah tembelangnya pecah.

HSR adalah pesaing industri kereta yang telah dirancang oleh Mahathir.
Seandainya HSR dilaksanakan, dana untuk membangunkan kereta nasional kedua tidak ada.
Bukan itu sehaja, kemudahan pengangkutan yang ditawarkan oleh HSR akan mengurangkan permintaan terhadap kereta.

Rancangan itu telah lama dilakar oleh Mahathir, sebelum beliau menang PRU14 lagi kerana ia adalah rancangan bagi menebus biaya politik untuk menumbangkan BN kepada para kroni beliau.

Selepas ini banyaklah jutawan segera daripada projek vendor kereta nasional kedua tersebut.
Barang tentu jutawan tersebut adalah kroni Mahathir.

Sebenarnya tujuan Mahathir membuat kereta nasional kedua bertujuan untuk mengutip cukai bagi menampung kerugian akibat pemansuhan GST.
Buat apa pakai kereta nasional kalau harga kereta import lebih murah?
Harga kereta import jadi mahal cuma kerana cukai kenderaan yang berlipat kali ganda dikenakan secara tidak munasabah.

Berhati-hatilah dengan Mahathir, licik dan banyak putar belit.

Sunday, June 10, 2018

Kembar Seiras Kim Jong Un Tegur Kepimpinan UMNO

Nor Azman Hasbullah menegur pemimpin UMNO kerana masih lagi ada yang bersikap mementingkan kedudukan dan diri sendiri, terlalu mengenang sejarah dan kegemilangan lampau serta menabur retorik dan janji palsu.


Beliau adalah Ketua UMNO Cawangan Taman Aman di Senai Johor Bahru yang kalah kepada DAP.
Selain daripada mempunyai raut wajah mirip pemimpin Korea Utara, gaya beliau beraksi ketika menyampaikan ucapan hampir sama dengan Kim Jong Un.

“Ia mesti dilakukan dengan mengenepikan mereka yang hanya bermuka-muka, pengampu dan mereka yang mensabotaj parti pada pilihan raya lalu. “Kami mendapati masih ada dalam pemimpin yang hanya lantang bersuara tetapi mensabotaj parti kerana tidak terpilih menjadi calon,”

“Hanya dengan langkah itu dapat mengembalikan keyakinan para pemegang taruhnya untuk menyokong UMNO, sekaligus membolehkan ia berdiri teguh dan merampas semula tampuk pemerintahan kerajaan pada masa depan,”

Barangkali beliau memberi pandangan jujur memandangkan beliau bukan baru jadi pembangkang sebagaimana kebanyakan pemimpin UMNO ketika ini, Senai telah kalah kepada DAP selama 2penggal.

Pemimpin sebegini harus diberi peluang untuk menerajui kepimpinan UMNO setempat bukan kerana faktor paras rupa tetapi kerana pandangan yang dilontarkan adalah selari dengan keperluan terhadap senario UMNO sebagai pembangkang di Malaysia pada ketika ini.

UMNO tidak boleh lagi beretorik dengan janji untuk berubah tetapi masih mengekalkan pemimpin yang berlagak dengan gelaran Datuk dan sebaganya serta mementingkan gaya semata-mata kerana mereka kaya dan berduit.

UMNO adalah perjuangan rakyat dan majoriti rakyat terutamanya orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam persaingan ekonomi.


Mana Janji Pakatan Harapan Untuk Hantar Pulang Warga Asing?


Seorang warga Nepal telah menculik adik Nur Aisyah yang berusia 17bulan dan ditinggalkan di  sebuah belukar yang penuh dengan sarang kerengga adalah insiden yang berpunca daripada kegagalan kerajaan menunaikan janj-janji pilihan raya.



Sebelum menang, kerajaan telah berjanji untuk mengatasi isu kebanjiran warga asing di negara kita kerana ia dituduh sebagai kelemahan kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional terhadap polisi berkaitan pekerja asing.

Sudahlah tidak mampu untuk menghantar pulang warga asing, hendak memastikan warganegara Malaysiia tidak menjadi mangsa jenayah warga asing pun kerajaan tidak mampu laksanakan.

Jauh sangatkah Muar dengan Pagoh, tempat Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan rakyat Malaysia?

Menteri Dalam Negeri kalau bercakap memang pandai tetapi buat kerja tak tahu, jenayah semakin menjadi-jadi.

Begitupun apa boleh buat, rakyat telah memilih untuk mengundi budak-budak sebagai ahli parlimen Muar.

Nikmatilah perkhidmatan budak-budak sebagai wakil rakyat.

Sekarang Pegawai Kerajaan Boleh Pukul Rakyat Yang Membayar Cukai Untuk Menyara Gaji Mereka?

Video yang dirakamkan jelas menunjukan pegawai kerajaan memukul peniaga Melayu yang mencari rezeki sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.



Mengapa perlu memukul rakyat yang bekerja bertungkus lumus untuk membayar cukai bagi menyara pegawai kerajaan?

Adakah tujuan rakyat melantik kerajaan supaya mereka disakiti dan ditakur-takutkan?

Apakah sebenarnya tugas pegawai kerajaan?

Bukankah sepatutnya pegawai kerajaan memberikan perkhidmatan kepada rakyat?

Walaubagaimanapun, ia tiada kaitan dengan politik kerana selama 3penggal berturut-turut rakyat Selangor kekal memilih kerajaan PKR.

Ia adalah kes terpencil yang mana mungkin pegawai kerajaan tersebut adalah orang UMNO.

Najib Terlibat Skandal Penyelewengan Kontrak Tenaga Solar Sekolah RM1.25bilion?


Terperanjatnya 1Malaysia apabila Menteri Pendidikan mendedahkan terdapat kemungkinan penyelewengan 369 kontrak tenaga solar sekolah-sekolah di Sarawak yang bernilai RM1.25bilion oleh Najib.

Benarkah berlaku penyelewengan ataupun ia adalah muslihat kerajaan untuk markup harga kontrak asal kepada harga yang lebih tinggi?

Isu ini harus dipantau dengan rapat kerana sehingga kini kerajaan baru lebih banyak mencari kesalahan berbanding memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Daripada kerajaan menyungkit banyak masalah lebih baik kerajaan menunaikan janji-janji pilihan rayanya.

Bila nak mansuhkan AUKU? Bila nak lupuskan hutang PTPTN? Bila nak tunaikan janji-janji manis kepada cikgu yang banyak mengundi kerajaan pada PRU14?


Seperkara lagi, bila nak siasat skandal 1Bestari Net angkara bekas Timbalan Perdana Menteri UMNO yang lalu iaitu Muhyiddin?

Jangan menyalak banyak bak kata orang cakap berdegar-degar pantat berlumur tahi.

Popular Posts

Powered by Blogger.