Search This Blog

Saturday, June 9, 2018

Kenapa Sampai Sekarang Harga Tomato Sahaja Yang Turun?


JOIN WEBINAR PAU 2018


Negara diterperanjatkan dengan berita penurunan harga tomato secara drastik.
Ia adalah berita yang telah lama dinantikan terutamanya menjelang Hari Raya Puasa.

Tidak ada sesiapa yang menduga kerajaan Pakatan Harapan (PH) akhirnya berjaya juga menurunkan harga tomato walaupun bergelut dengan pelbagai masalah kewangan di Bank Negara legasi Najib dari kerajaan BN terdahulu.

Mengapa tomato menjadi faktor kejayaan yang sangat besar terhadap perjuangan PH untuk menurunkan harga barang?

Ia adalah kerana tomato ada banyak vitamin A yang mampu menghubungkan sel-sel otak pengundi PH pada PRU14 yang lalu.
Bersyukurlah kerana akhirnya rakyat dapat menikmati pelbagai juadah raya yang berasaskan tomato.

Kita boleh buat kuih kuba guling atas tomato, kita boleh hidangkan jus tomato sirap, kita boleh masak lodeh tomato, kita boleh hidangkan ketupat tomato dan jangan dilupa untuk makan lemang tomato bercicahkan rendang tomato.

Siapa yang menyangka kebijaksanaan Tun Mahathir sehingga boleh membina KLCC, menjadikan belantara kepada Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya dan banyak lagi pencapaian di peringkat antara bangsa ketika bersama BN akhirnya apabila bersama PH beliau mampu menurunkan harga tomato.

Terbuktilah bahawa kehebatan seseorang bukanlah kerana personalitinya tetapi kerana parti yang mendokong keputusan yang dibuat olehnya.

Sejak bersama PH, kebanyakan keputusan Tun Mahathir telah dibantah oleh parti komponen beliau secara terang-terangan.
Kalaulah dari dulu orang UMNO seberani lim kit siang membantah kata-kata Tun Mahathir, nasib UMNO tidak akan jadi sejijik sekarang (ayat Tun Mahathir).

Tak apalah kerana nasi sudah menjadi bubur tetapi janganlah kita risau, bubur tomato masih sedap dan berkhasiat.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.