Search This Blog

Saturday, June 9, 2018

Begini Caranya Mukhriz Akan Menjadi Perdana Menteri


JOIN WEBINAR PAU 2018

Sebenarnya jika Najib tidak mengganggu Tun Mahathir, tidak ada sebab mengapa Tun Mahathir mahu menyerang UMNO.

Masalah Najib ialah beliau bernasib malang kerana dikerumuni oleh penasihat politik yang lebih bijak daripada beliau sendiri.

Pemimpin yang cerdik kebiasaanya akan memastikan para penasihatnya lebih bodoh daripadanya.
Itu adalah amalan Tun Mahathir selama ini, ia juga adalah faktor utama yang memungkinkan beliau berkuasa selama berpuluh tahun dan dalam kedua-dua belah pihak kerajaan.

Contohnya sekarang, beliau melantik Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, Lim Guan Eng Sebagai Menteri Kewangan dan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mat Sabu adalah joker yang tidak ada personaliti sebagai seorang pemimpin, beliau bernasib baik kerana menjadi presiden parti Amanah sekaligus layak menuntut kuota sebagai menteri kanan dalam kerajaan.
Sesiapapun yang pernah mendengar Wan Azizah berucap pasti tahu bahawa beliau bukan seorang pemimpin, hanya kerana faktor DS Anwar Ibrahim maka beliau diberi muka oleh barisan kepimpinan Pakatan Harapan.
Kini beliau struggle dengan perjuanganya untuk memastikan suri rumah mendapat KWSP sebanyak 2% (2%? buat apa 2% nak beli pad datang bulanpun tak cukup)
Lim Guan Eng pula sehingga kini masih menterjemahkan obsesinya terhadap 1MDB, ke hulu ke hilir beliau masih hidup dalam 1MDB seolah-olah kerja seorang Menteri Kewangan adalah 1MDB.

Penghinaan Najib terhadap Tun Mahathir sangat jelas dan memalukan.
Sudahlah Mukhriz tidak diberi peluang dalam UMNO, kedudukanya sebagai Menteri Besar UMNO di Kedah turut dilucutkan hanya kerana hendak memanjakan Ahmad Bashah.

Itulah titik permulaan Tun Mahathir melawan Najib habis-habisan.
Untunglah Mukhriz kerana ada seorang bapa yang sangat penyayang dan berkemampuan untuk menyayangi anaknya iaitu Tun Mahathir.

Persoalanya ialah bagaimana Mukhriz hendak menjadi Perdana Menteri dalam senario bapanya adalah sekadar boneka dalam kerajaan sedia ada?
Itulah sebabnya Tun Mahathir membuat banyak polah kebelakangan ini, beliau sengaja melengah-lengahkan masa agar usaha untuk membesarkan saiz kerusi partinya daripada sekadar 13kerusi kepada semajoriti yang mungkin dalam kerajaan sedia ada akan berjaya.

Persoalan yang tidak boleh diambil mudah ialah bagaimana jika tidak semena-mena Tun Mahathir mati?
Beliau sudah sangat tua, hampir berusia seratus tahun.
Jantungpun pakai bateri.

Sebenarnya mereka di sekeliling beliau sedar dan memang mengharapkan ianya berlaku.
Kini mereka bersabar dan membiarkan sahaja Tun Mahathir keseronokan menjadi Perdana Menteri.

Jika diikutkan percaturan logik, mustahil Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.