Search This Blog

Friday, June 8, 2018

Tukar Nama UMNO Kepada U M M N O Supaya Semua Kaum Dan Bangsa Boleh Masuk UMNO


JOIN WEBINAR PAU 2018


UMNO (United Malay Nation Organisation) adalah parti politik orang Melayu sebagaimana namanya yang bermaksud Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
Apa akan jadi sekiranya ia dibuka kepada bukan Melayu?

Pertama sekali namanya harus ditukar kepada UMMNO (United Macam-Macam Nation Organisation).
Kedua ialah kepimpinanya harus dibuka kepada bukan Melayu iaitu setiap lapisan jawatan haruslah dibuka untuk dipertandingkan kepada setiap kaum dan bangsa yang menyertai UMNO.
Ketiga ialah redefinition bagi maksud yang membawa perkataan Melayu harus digubal, adakah Islam masih lagi perlu dikekalkan sebagai identiti bangsa Melayu.

Cadangan untuk membuka UMNO kepada semua kaum adalah idea yang praktikal bagi parti yang desperate untuk survive.
Ia sangat sesuai kepada orang UMNO yang tidak sedar kekuatan UMNO yang sebenar.

Persoalanya ialah kenapa UMNO harus dibuka kepada semua kaum sedangkan ada hampir 30parti politik di Malaysia yang boleh dipilih oleh mana-mana kaum selain daripada UMNO.
Selain daripada UMNO bukan satu-satunya pilihan parti politik yang ada untuk kaum lain berpolitik, kerajaan juga baik BN dahulu ataupun PH kini tidak pernah menyekat kebebasan sesiapun untuk menubuhkan parti politik.

Memang betul UMNO bukan lagi kerajaan tetapi sebenarnya UMNO masih lagi parti yang paling banyak kerusi di Malaysia.
Keputusan yang terburu-buru bukanlah penyelesaian terbaik bagi tujuan untuk mengembalikan UMNO sebagai kerajaan di Malaysia.

Kekalahan UMNO bukanlah hukuman tetapi satu jalan keluar daripada kebiasaan selama lebih 60tahun sebagai kerajaan yang sudah tidak relevan dengan kehendak rakyat berdasarkan trend semasa.
Sudah lebih 60tahun UMNO memegang status quo sebagai Perdana Menteri, sudah masanya ia dikompromi untuk digilir-gilirkan dengan parti lain yang mahu menyertai UMNO membentuk kerajaan.

Tun Mahathir sudah menunjukan contoh bahawa tidak menjadi kesalahan apabila parti minoriti menjadi Perdana Menteri.
Ia adalah perubahan dasar politik baru yang harus diraikan bermula daripada UMNO sebagai parti paling banyak kerusi di Malaysia ketika ini.

Presiden UMNO harus melakar framework terhadap dasar politik baru UMNO.
Jangan liberalkan UMNO tetapi jadikanlah UMNO hibrid yang akan bercambah menjadi baka UMNO baru yang lebih berdaya tahan dan disayangi oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.