Search This Blog

Monday, June 18, 2018

Pelabur Asing Terus Jual Saham Tempatan - Hukuman Kerana Menumbangkan Barisan Nasional


JOIN WEBINAR PAU 2018
Alhamdulillah, hukuman demi hukuman kepada bangsa yang kufur nikmat di Malaysia turun satu persatu.

Ramai yang masih cuba menafikan bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) adalah bala walaupun hakikatnya bencana demi bencana diturunkan ke atas umat Malaysia.

Ekonomi Malaysia pasti akan merudum jika momentum negatif seperti ketika ini berterusan buat beberapa tempoh mendatang.

Mahathir memulakan pemerintahanya dalam kerajaan PH dengan kebongkakan apabila melaksanakan proses membalas dendam terhadap UMNO.

Memecat penjawat awam dan membatalkan projek yang menjanjikan sumber pendapatan dan pekerjaan dianggap olehnya sebagai satu nikmat politik kerana berjaya memenangi pilihan raya.

Allah maha adil, tidak ada satupun kezaliman akan dilepaskan tanpa balasan oleh-Nya.

Bagi pengundi yang mengundi tanpa pertimbangan yang waras, kamu juga tidak akan terlepas daripada balasan-Nya.

Tunggulah kesengsaraan dan azab yang bakal tiba.

KUALA LUMPUR: Penjualan saham di Bursa Malaysia oleh pelabur asing meningkat kepada RM1.21 bilion minggu lalu daripada RM903.1 juta minggu sebelumnya, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research.

Dalam laporan dana mingguannya, Penganalisis MIDF Research, Adam M Rahim, berkata ia juga menandakan penjualan asing minggu ketujuh berturut-turut, sekali gus menyamai tempoh penjualan terpanjang yang disaksikan tahun lalu pada minggu antara 22 September hingga 3 November 2017. 

Beliau berkata, sehingga Jumaat lalu, aliran penjualan berlanjutan sehingga 28 hari, hanya kurang sehari berbanding pada awal Januari hingga pertengahan Februari 2014.

"Penjualan pada Isnin (minggu lalu) berada di atas paras RM200 juta pada RM216.5 juta, sebelum meningkat kepada RM359 juta pada Selasa.

"Pelabur berasa gusar pada Selasa di tengah-tengah sidang kemuncak bersejarah antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara, yang turut mengheret turun FBM KLCI sebanyak 0.66 peratus kepada 1,764 mata.

Aktiviti penjualan pada Rabu kembali ke paras Isnin kerana pelabur global hanya menjual RM230.4 juta di tengah-tengah mood risiko yang terjejas ketika pelabur menunggu keputusan Rizab Persekutuan (Fed) berhubung kadar faedah," katanya.

Adam berkata, penjualan asing memuncak pada Khamis berjumlah RM402.2 juta sebelum bursa tempatan ditutup sempena cuti Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat.

"Perlu diingatkan bahawa rakan Asia lain seperti Korea, Taiwan, Filipina dan Thailand juga mengalami aliran keluar dana yang besar pada hari itu disebabkan oleh kenaikan kadar faedah Fed. 

"Malaysia mencatatkan aliran keluar dana mingguan kedua terbesar dalam kalangan pasaran ASEAN yang kami pantau, selepas Thailand," katanya.

Bagaimanapun, Adam berkata aliran keluar dana dari Malaysia berjumlah RM4.23 bilion atau AS$1.06 bilion adalah masih lagi yang terendah dalam kalangan negara serantau, iaitu Thailand, Filipina dan Indonesia.

Beliau berkata, penyertaan pelabur asing adalah kukuh kerana purata nilai dagangan harian meningkat sebanyak 24 peratus kepada RM2.03 bilion, minggu ke-11 berturut-turut berada di atas paras RM1 bilion.

Sementara itu, katanya pasaran pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing menyaksikan aktiviti pembelian buat minggu kelima dan ketujuh berturut-turut.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/06/438920/pelabur-asing-terus-jual-saham-tempatan

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.