Search This Blog

Wednesday, June 6, 2018

Mengapa Tun Mahathir Berjumpa Dengan Zahid Hamidi


JOIN WEBINAR PAU 2018


Malam tadi Gabenor Bank Negara meletak jawatan diikuti oleh CEO Telekom Malaysia.

Tidak mustahil ramai lagi tokoh ekonomi Melayu akan meninggalkan Tun Mahathir bersendirian dalam menempuh gelombang ekonomi pasca perubahan kerajaan.

Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan baru yang tiada track record, belum seimbang (masih gagal membentuk kabinet yang lengkap) dan masih belum dapat menjamin keselamatan dalam negara ekoran banyak kenyataan cenderung berbentuk hasutan oleh agen-agen PH seperti isu yang menyentuh Raja-Raja Melayu, perlantikan AG bukan Melayu dan dijangka banyak lagi isu bakal menyusul dibiarkan bebas berleluasa.

Segala-galanya adalah ramuan sempurna untuk memusnahkan kepimpinan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dengan bilangan kerusi yang sedikit dalam kerajaan campuran iaitu hanya 12kerusi parlimen.

Justeru beliau bertindak dengan cepat apabila pagi tadi telah memanggil Zahid Hamidi untuk membincangkan bagaimana hendak berkompromi kuasa politik dengan memperalatkan kelebihan Zahid Hamidi sebagai paksi sentimen Melayu.

Sekiranya Tun Mahathir lambat bertindak, ekonomi Malaysia akan hancur kerana keyakinan pelabur telah mulai serpih bahagian demi bahagian di setiap detik sejak beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Semoga Zahid Hamidi diberikan hidayah agar tidak dijadikan kambing hitam oleh Tun Mahathir atas kegagalanya sebagaimana orang yang hampir dengan beliau ketika dahulu.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.