Search This Blog

Monday, June 11, 2018

Rupanya Mahathir Batalkan HSR Sebab Nak Buat Kereta Nasional Kedua


JOIN WEBINAR PAU 2018
Sebaik-baik sahaja Mahathir menjadi Perdana Menteri, perkara pertama yang dilakukan olehnya ialah membatalkan projek HSR.



Pada ketika itu tidak ada sesiapapun yang dapat membaca agenda beliau kerana masing-masing sedang mengalami kesan euphoria ekoran keputusan PRU14 yang tidak dijangka-jangka oleh kedua-dua belah pihak.

Setelah Mahathir mengumumkan hasratnya untuk memulakan projek kereta nasional yang baharu, barulah tembelangnya pecah.

HSR adalah pesaing industri kereta yang telah dirancang oleh Mahathir.
Seandainya HSR dilaksanakan, dana untuk membangunkan kereta nasional kedua tidak ada.
Bukan itu sehaja, kemudahan pengangkutan yang ditawarkan oleh HSR akan mengurangkan permintaan terhadap kereta.

Rancangan itu telah lama dilakar oleh Mahathir, sebelum beliau menang PRU14 lagi kerana ia adalah rancangan bagi menebus biaya politik untuk menumbangkan BN kepada para kroni beliau.

Selepas ini banyaklah jutawan segera daripada projek vendor kereta nasional kedua tersebut.
Barang tentu jutawan tersebut adalah kroni Mahathir.

Sebenarnya tujuan Mahathir membuat kereta nasional kedua bertujuan untuk mengutip cukai bagi menampung kerugian akibat pemansuhan GST.
Buat apa pakai kereta nasional kalau harga kereta import lebih murah?
Harga kereta import jadi mahal cuma kerana cukai kenderaan yang berlipat kali ganda dikenakan secara tidak munasabah.

Berhati-hatilah dengan Mahathir, licik dan banyak putar belit.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.