Search This Blog

Sunday, June 3, 2018

Jamal Yunos Calon Paling Munasabah Menjadi Ketua Pemuda UMNO Pasca Kekalahan BN


JOIN WEBINAR PAU 2018
UMNO akan memilih barisan kepimpinan bagi penggal 2018/2021. Tidak terkecuali barisan kepimpinan sayap Pemuda UMNO turut memilih apabila Ketua Pemuda UMNO pada ketika ini berhasrat untuk melepaskan jawatan. Perlu diberi perhatian bahawa UMNO adalah pembangkang selepas kalah pada PRU14 lalu. UMNO telah menjadi kerajaan selama lebih 60tahun dan tidak pernah menjadi pembangkang sebelum ini.

Terdapat 3pemimpin pemuda UMNO yang bercadang untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO pada ketika ini iaitu Khairul Azwan Harun, Asyraf Wajdi Dusuki dan Jamal Yunos.
Khairul Azwan pernah terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan Najib satu ketika dahulu semasa BN masih berkuasa. Beliau seorang yang radikal dan agresif tetapi lebih kepada "soft politics" selain daripada banyak berhelah dalam mencapai hasrat politiknya. Beliau adalah calon Ketua Pemuda paling ideal seandainya BN masih kerajaan tetapi pada ketika ini di mana UMNO sangat terdesak untuk memainkan peranan sebagai pembangkang, beliau hanya akan menjadi seorang ketua yang banyak bercakap sahaja tanpa bertindak.
Asyraf Wajdi adalah seorang tokoh dengan personaliti "Mr Clean" sepanjang zaman. Seorang yang baik bukanlah ketua yang bagus bagi UMNO dalam kedudukanya sebagai pembangkang. Beliau lebih sesuai menjadi tokoh penyatuan dalam parti yang tidak terdedah terhadap risiko kecedaraan pertempuran dengan kerajaan.
Jamal Yunos sudah tidak perlu dijelaskan lagi kreadibilitinya sebagai seorang yang agresif dan beliau telah menterjemahkanya melalui tindakan yang berjaya menggugah ketenangan Pakatan Harapan selama ini. Kini beliau dalam buruan dan boleh jadi kerajaan sudah menbaca percaturan UMNO untuk menjadikan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO. Jika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO, tidak mustahil beliau mampu memimpin banyak gerakan demonstrasi seumpama BERSIH yang boleh menumbangkan kerajaan.

Kesimpulanya ialah hanya Jamal Yunos yang berkebolehan mengolah isu kepada gerakan bantahan rakyat terhadap kerajaan seandainya beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.