Search This Blog

Sunday, June 10, 2018

Kembar Seiras Kim Jong Un Tegur Kepimpinan UMNO


JOIN WEBINAR PAU 2018
Nor Azman Hasbullah menegur pemimpin UMNO kerana masih lagi ada yang bersikap mementingkan kedudukan dan diri sendiri, terlalu mengenang sejarah dan kegemilangan lampau serta menabur retorik dan janji palsu.


Beliau adalah Ketua UMNO Cawangan Taman Aman di Senai Johor Bahru yang kalah kepada DAP.
Selain daripada mempunyai raut wajah mirip pemimpin Korea Utara, gaya beliau beraksi ketika menyampaikan ucapan hampir sama dengan Kim Jong Un.

“Ia mesti dilakukan dengan mengenepikan mereka yang hanya bermuka-muka, pengampu dan mereka yang mensabotaj parti pada pilihan raya lalu. “Kami mendapati masih ada dalam pemimpin yang hanya lantang bersuara tetapi mensabotaj parti kerana tidak terpilih menjadi calon,”

“Hanya dengan langkah itu dapat mengembalikan keyakinan para pemegang taruhnya untuk menyokong UMNO, sekaligus membolehkan ia berdiri teguh dan merampas semula tampuk pemerintahan kerajaan pada masa depan,”

Barangkali beliau memberi pandangan jujur memandangkan beliau bukan baru jadi pembangkang sebagaimana kebanyakan pemimpin UMNO ketika ini, Senai telah kalah kepada DAP selama 2penggal.

Pemimpin sebegini harus diberi peluang untuk menerajui kepimpinan UMNO setempat bukan kerana faktor paras rupa tetapi kerana pandangan yang dilontarkan adalah selari dengan keperluan terhadap senario UMNO sebagai pembangkang di Malaysia pada ketika ini.

UMNO tidak boleh lagi beretorik dengan janji untuk berubah tetapi masih mengekalkan pemimpin yang berlagak dengan gelaran Datuk dan sebaganya serta mementingkan gaya semata-mata kerana mereka kaya dan berduit.

UMNO adalah perjuangan rakyat dan majoriti rakyat terutamanya orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam persaingan ekonomi.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.