41,062

Search This Blog

Monday, June 18, 2018

Pelabur Asing Terus Jual Saham Tempatan - Hukuman Kerana Menumbangkan Barisan Nasional

Alhamdulillah, hukuman demi hukuman kepada bangsa yang kufur nikmat di Malaysia turun satu persatu. Ramai yang masih cuba menafikan bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) adalah bala walaupun hakikatnya bencana demi bencana diturunkan ke atas umat Malaysia. Ekonomi Malaysia pasti akan merudum jika momentum negatif seperti ketika ini berterusan buat beberapa tempoh mendatang. Mahathir memulakan pemerintahanya dalam kerajaan PH dengan kebongkakan apabila melaksanakan proses membalas dendam terhadap UMNO. Memecat penjawat awam dan membatalkan projek yang menjanjikan sumber pendapatan dan pekerjaan...

Tuesday, June 12, 2018

Bagaimana Jika Najib Dipilih Semula Sebagai Presiden UMNO?

Kebangkitan UMNO ditentukan oleh sikap perwakilan, bukan kerana pemimpin UMNO Jika PRU14 disifatkan sebagai bapa kepada segala PRU, pemilihan UMNO 2018 / 2021 pula adalah ibu kepada kebangkitan UMNO setelah ia berjaya ditumbangkan sebagai kerajaan dengan rekod pemerintahan selama lebih daripada 60tahun. Isu memilih pemimpin UMNO kali ini banyak dipengaruhi oleh faktor emosi yang menyelubungi sentimen akar umbi parti dalam membuat keputusan ekoran daripada sikap sebahagian besar mereka yang tidak dapat menerima hakikat bahawa UMNO telah kalah. Secara...

Monday, June 11, 2018

Rupanya Mahathir Batalkan HSR Sebab Nak Buat Kereta Nasional Kedua

Sebaik-baik sahaja Mahathir menjadi Perdana Menteri, perkara pertama yang dilakukan olehnya ialah membatalkan projek HSR. Pada ketika itu tidak ada sesiapapun yang dapat membaca agenda beliau kerana masing-masing sedang mengalami kesan euphoria ekoran keputusan PRU14 yang tidak dijangka-jangka oleh kedua-dua belah pihak. Setelah Mahathir mengumumkan hasratnya untuk memulakan projek kereta nasional yang baharu, barulah tembelangnya pecah. HSR adalah pesaing industri kereta yang telah dirancang oleh Mahathir. Seandainya HSR dilaksanakan,...

Sunday, June 10, 2018

Kembar Seiras Kim Jong Un Tegur Kepimpinan UMNO

Nor Azman Hasbullah menegur pemimpin UMNO kerana masih lagi ada yang bersikap mementingkan kedudukan dan diri sendiri, terlalu mengenang sejarah dan kegemilangan lampau serta menabur retorik dan janji palsu. Beliau adalah Ketua UMNO Cawangan Taman Aman di Senai Johor Bahru yang kalah kepada DAP. Selain daripada mempunyai raut wajah mirip pemimpin Korea Utara, gaya beliau beraksi ketika menyampaikan ucapan hampir sama dengan Kim Jong Un. “Ia mesti dilakukan dengan mengenepikan mereka yang hanya bermuka-muka, pengampu dan mereka yang mensabotaj...

Mana Janji Pakatan Harapan Untuk Hantar Pulang Warga Asing?

Seorang warga Nepal telah menculik adik Nur Aisyah yang berusia 17bulan dan ditinggalkan di  sebuah belukar yang penuh dengan sarang kerengga adalah insiden yang berpunca daripada kegagalan kerajaan menunaikan janj-janji pilihan raya. Sebelum menang, kerajaan telah berjanji untuk mengatasi isu kebanjiran warga asing di negara kita kerana ia dituduh sebagai kelemahan kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional terhadap polisi berkaitan pekerja asing. Sudahlah tidak mampu untuk menghantar pulang warga asing, hendak memastikan warganegara...

Sekarang Pegawai Kerajaan Boleh Pukul Rakyat Yang Membayar Cukai Untuk Menyara Gaji Mereka?

Video yang dirakamkan jelas menunjukan pegawai kerajaan memukul peniaga Melayu yang mencari rezeki sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Mengapa perlu memukul rakyat yang bekerja bertungkus lumus untuk membayar cukai bagi menyara pegawai kerajaan? Adakah tujuan rakyat melantik kerajaan supaya mereka disakiti dan ditakur-takutkan? Apakah sebenarnya tugas pegawai kerajaan? Bukankah sepatutnya pegawai kerajaan memberikan perkhidmatan kepada rakyat? Walaubagaimanapun, ia tiada kaitan dengan politik kerana selama 3penggal berturut-turut rakyat Selangor kekal memilih kerajaan...

Najib Terlibat Skandal Penyelewengan Kontrak Tenaga Solar Sekolah RM1.25bilion?

Terperanjatnya 1Malaysia apabila Menteri Pendidikan mendedahkan terdapat kemungkinan penyelewengan 369 kontrak tenaga solar sekolah-sekolah di Sarawak yang bernilai RM1.25bilion oleh Najib. Benarkah berlaku penyelewengan ataupun ia adalah muslihat kerajaan untuk markup harga kontrak asal kepada harga yang lebih tinggi? Isu ini harus dipantau dengan rapat kerana sehingga kini kerajaan baru lebih banyak mencari kesalahan berbanding memberi perkhidmatan kepada rakyat. Daripada kerajaan menyungkit banyak masalah lebih baik kerajaan menunaikan...

Popular Posts

Powered by Blogger.